Bisnes Home Tuisyen

Anda Suka Mengajar? 
Nak Buat Duit Sambil Mengajar?

Mari Saya Tunjukkan...
Bagaimana Memulakan Bisnes Home Tuition Dengan Mudah!!

Izuan JalilAssalammualaikum & Hi Bakal-bakal Cikgu Tuisyen!

Sebagai mukadimah.... Izinkan saya perkenalkan diri terlebih dahulu!

Nama saya... Mohamad Izuan Jalil. Tapi ramai yang panggil saya Cikgu Izuan.
Saya telah mula menjalankan bisnes home tuition ini sejak tahun 2013, iaitu sebaik sahaja saya tamat STPM.

Waktu mula-mula start dulu, memang rasa kekok dan agak sukar juga sebab takde sebarang panduan dan guide. Saya main hentam sahaja!

Saya bermula dengan hanya berbekalkan semangat ingin mengajar yang berkobar-kobar dalam diri. Maklumlah, cita-cita saya sebenarnya memang nak sangat jadi cikgu! Tapi disebabkan keputusan STPM yang kurang memberangsangkan! Maka, cita-cita tu tidak kesampaian..

Selepas sedikit kecewa dengan keputusan STPM dan asyik kena bebel dengan mak sebab takde kerja. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk jadi cikgu juga! Iaitu cikgu tuisyen!....Ha! ha! ha!

Bagaimana Saya Bermula!

Pada pandangan saya, jadi cikgu tuisyen ini tidaklah begitu sukar untuk bermula..
Dari segi modal, hanya perlukan pen, kertas dan beberapa buah buku sahaja!

Kemudian... Ilmu yang sememangnya sudah sedia ada! Kalau sekadar nak ajar matematik darjah 1-6 tu... memang takde masalah lah bagi saya! Lagipun, masa sekolah dulu, sewaktu UPSR, PMR & SPM...memang saya selalu dapat A  dalam subjek Matematik!

Maka, berbekalkan semangat serta ilmu yang ada tu... saya bertekad untuk memulakan langkah saya sebagai cikgu tuisyen!

Selepas saya mengambil keputusan untuk mengajar tuisyen! Maka, saya pun mulakan langkah mencari pelajar!

Maka, disini.... bermulalah cabaran saya yang pertama!

Rupa-rupanya.... perkara yang paling sukar  di dalam bisnes home tuition ini! Bukanlah di dalam hal mengajar!
Tetapi.. adalah dalam "mencari pelajar untuk diajar!"

Bukan senang rupanya nak yakinkan pihak parents untuk memilih kita sebagai guru tuisyen anak mereka!
Macam-macam yang mereka tanya dan tengok!

Berapa harga / yuran mengajar?
Subjek apa yang boleh ajar?
Berapa lama dah mengajar?
Berapa ramai student yang sudah diajar?
Betul ke boleh mengajar?
Anak saya jenis tak suka belajar.. boleh ajar ke?


Fuh! Berpeluh juga nak menjawab! Tapi Alhamdulilah... setelah melalui beberapa kali situasi tersebut, maka, saya jumpa satu teknik yang sangat mudah untuk yakinkan parents untuk beri saya peluang mengajar anak mereka!

Bulan pertama beroperasi! Saya berjaya dapatkan 9 orang pelajar! Memang rasa seronok sangat masa tu!

Tapi kegembiraan tu tak lama.. masuk bulan kedua! Dari sembilan orang... hilang... dan hanya tinggal seorang sahaja anak murid yang masih sudi untuk belajar dengan saya!

Saya jadi down serta murung sekejap! Ho.. ho.. ho!

Sekejap....!!! Download Dulu Ebook Ini!

Sebelum saya cerita panjang lebar pasal pengalaman bisnes home tuition ni, saya nak anda download dulu EBOOK PERCUMA dibawah!

Masukkan Nama & Email Anda Dibawah Untuk Mendapatkan Ebook Percuma Ini yang berjudul "7 SEBAB ANDA PERLU BUAT HOME TUITION!"

7 Sebab buat bisnes tuisyen di rumah

 

Mencari Sinar....!

Baiklah! Sambung Semula!

Lepas kejadian tu... Saya mula muhasabah diri... lihat kembali apakah kesilapan yang telah saya lakukan hingga hampir semua anak murid saya lari dan menarik diri!

Saya mula mencari-cari ilmu tentang bagaimana menjadi guru tuisyen yang berjaya. Saya mula membuat research di internet, membaca artikel-artikel berkaitan tuisyen, bertanya guru-guru tuisyen yang lain.. termasuk guru tuisyen yang pernah mengajar saya suatu ketika dahulu!

Setelah mempunyai sedikit ilmu... saya start semula misi saya untuk menjadi cikgu tuisyen yang berjaya!

Mula Semula..

Kali ini, saya gunakan tips-tips serta ilmu yang telah saya pelajari dari hasil bacaan serta hasil pertanyaan saya kepada orang-orang yang sudah berpengalaman.

Kali ini, saya mula secara slow and steady... Mula dari 2 orang pelajar dulu.. kemudian.. 4.... 8... 16...

Alhamdulillah.... Masuk bulan ke-6, pendapatan saya dari mengajar tuisyen, telah berjaya melepasi gaji yang pernah saya perolehi sewaktu bekerja makan gaji dulu! ( Ya, saya pernah cuba kerja makan gaji.. tapi tak lama.. 3 bulan je! Jiwa saya memberontak dan meronta-ronta untuk nak jadi cikgu dan mengajar. ho! ho!)

Apa yang menariknya tentang bisnes home tuition ini, anda sebenarnya, tidak perlukan pelajar yang ramai pun, jika anda ada pelajar 6-7 orang sahaja pun,  ianya sudah boleh hasilkan pendapatan 4 angka sebulan.

Contoh kiraannya... katakan seorang pelajar anda caj RM35 sejam untuk setiap sesi.
Dalam masa sebulan, ada 4 minggu, bermakna, 4 sesi anda akan mengajar mereka (seminggu sekali)
Maka, dari seorang pelajar sahaja, anda sudah boleh jana RM140 sebulan.

Dalam sehari, anda boleh ajar 7 orang.
Kemudian, setiap minggu, anda hanya mengajar 2 hari sahaja, iaitu hari Sabtu & Ahad.

Bermakna, pendapatan yang anda boleh hasilkan ialah..
14 pelajar X RM35 setiap sesi X 4 minggu (sebulan) = RM1960

Itu hanyalah kiraan kasar sahaja pada harga minimum dan waktu mengajar sekadar pada hari Sabtu & Ahad.
Jika anda sudah ada pengalaman dan mengajar subjek-subjek teras pula, yuran yang dikenakan selalunya, sekitar RM40-RM50 setiap sesi. Anda juga mungkin boleh mengajar pada waktu malam pada hari berkerja biasa (Isnin - Jumaat). Jika begitu, maka pendapatan anda akan meningkat lebih banyak lagi!

Cabaran Kedua!

Jika cabaran pertama sebelum ini adalah cabaran untuk dapatkan pelajar! Cabaran kedua pula, adalah cabaran selepas dapat pelajar!

Macam-macam juga dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi! Sama ada ia berpunca dari pihak parent, pihak pelajar, atau pihak saya sendiri!

Iyalah... walaupun kita dah set tarikh dan masa untuk mengajar, tetapi kadang-kala, ada juga waktu tertentu, sesi tersebut tidak dapat dipenuhi. Parents nak pergi kenduri kahwin la, anak tak sihat la, saya pula kadang-kadang kena balik kampung dan ada hal emergency lain-lain... maka disini! Komunikasi yang baik, perlu ada antara kita dengan parents. Sesi yang tertangguh, boleh di reschedule semula.

Perihal lain, adalah masalah pada pelajar yang kurang minat untuk belajar. Disini, kita kena bijak menarik perhatian mereka dan ada beberapa trick yang saya buat, nampaknya berjaya menarik perhatian mereka.!

Apa trick serta kaedah yang saya buat?

Hah! Disinilah saya ingin bagitahu anda.... Semua tips, trik dan pengalaman saya mengajar home tuition selama ini, telah saya kumpul dan tuliskan hingga menjadi sebuah ebook!

Memperkenalkan!

Ebook Bisnes Home Tuition

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Saya tidak mahu anda mengalami nasib yang sama seperti saya dulu!
Semangat sahaja berkobar-kobar untuk mengajar dan menjana pendapatan, tetapi ilmu tidak ada! Akhirnya kecundang dan murung sekejap!

Menerusi ebook saya ini! Saya dah permudahkan perjalanan anda untuk menjadi seorang guru tuisyen yang berjaya dan menjana pendapatan yang lumayan sama ada secara sampingan ataupun secara sepenuh masa!

Semua tips, trik, ilmu, serta pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan bisnes home tuition ini, sudah saya susun dan himpunkan di dalam ebook ini secara langkah-demi-langkah! Anda hanya perlu baca dan follow sahaja!

Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?

Ada 4 langkah utama yang telah saya susun di dalam ebook ini! Iaitu...
1. Stretagi Marketing
2. Strategi Deal
3. Preparation Untuk Mengajar
4. Tips & Trick Semasa Mengajar

Step 1 - Strategi Marketing

Macam yang katakan diatas, antara bahagian yang paling sukar dalam bisnes home tuition ini adalah pada bahagian mencari pelajar untuk diajar. Jadi, perkara ini saya letakkan pada step yang pertama, iaitu mencari pelanggan (pelajar).

Apa yang menariknya, dalam bab ini, saya ada tunjukkan 4 strategi ampuh untuk mendapatkan pelanggan.
Setiap setrategi saya tunjukkan secara details. Malah, saya siap bagi contoh template serta ayat-ayat yang saya gunakan di dalam bahan pemasaran saya untuk mencari pelajar.

Saya yakin, dengan melakukan 4 strategi ini, anda pasti akan dapat mencari pelajar yang ingin belajar tuisyen dengan anda!

Step 2 - Strategi Deal

Step pertama tadi, kita buat pemasaran untuk dapatkan call dan appointment dengan parents. Bila parents dah call, maka kita kenalah jumpa mereka supaya kita boleh buat deal yang menyatakan mereka bersetuju untuk mengambil kita sebagai guru tuisyen anak mereka.

Inilah part yang agak mendebarkan!

Apakah yang kita nak cakap bila bertemu parent-parent ni?
Apakah persediaan yang perlu kita lakukan?

Hah! Anda tidak perlu risau, dalam ebook ini saya dah senaraikan 6 perkara yang perlu anda bincangkan bila bertemu dengan pihak parent nanti.

Selesai sahaja anda bincangkan 6 perkara ini! InsyaAllah, pihak parent akan berasa teruja, gembira dan bersetuju untuk melantik anda menjadi guru tuisyen personal anak mereka!

Step 3 - Preparation Untuk Mengajar

Hah! Bila dah dapat deals (project), maka, kenalah bersedia untuk jalankan tugas! Jadi, anda perlu mula buat persiapan!... Persiapan apa?

Ada 7 perkara yang perlu anda persiapkan sebelum anda hadir ke sesi pertama mengajar pelajar anda di rumah mereka! Benda-benda ni semua kena setel dan ready awal-awal. Kalau boleh, semasa sesi mengajar nanti, semuanya dapat berjalan lancar. Lebih-lebih lagi pada sesi tuisyen yang pertama... ianya amat kritikal kerana, pada sesi inilah pihak parent akan membuat penilaian awal sama ada keputusan mereka mengambil anda sebagai guru tuisyen anak mereka itu berbaloi atau tidak?

Jadi, jangan kecewakan harapan serta kepercayaan parent yang mereka letakkan pada anda!.. :)

Step 4 - Tips & Trick Mengajar Awesome!

Sekarang, tibalah masanya untuk anda menjalankan tugas anda yang sebenar, iaitu mengajar pelajar! Bagi anda yang baru nak bermula dan tidak pernah ada pengalaman mengajar, memang kadang-kala rasa kekok untuk mengajar buat pertama kali!

Jadi, dalam bab ini, saya sharekan 8 Tips Mengajar yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa kekok anda serta menjadikan sesi tuisyen anda sebuah sesi yang menyeronokkan bagi anda dan pelajar anda. Maklumlah, lain-lain pelajar, lain-lain dia punya ragam! Jadi, anda kena bijak untuk tangani ragam dan karenah mereka!


Itulah secara ringkas apa yang terdapat di dalam ebook ini!
Saya tulis ebook ini dengan bahasa yang santai, simple dan straight to the point!

Maklumlah... saya ni kan cikgu tuisyen! Cikgu tuisyen ni kan kalau nak mengajar, mesti kena guna teknik yang simple serta straight to the point! Barulah pelajar mudah nak faham! :)

Menarik! Berapa Harga Ebook Ini?

Ebook ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya menjalankan bisnes home tuition secara sepenuh masa sejak tahun 2013 hingga kini! Dengan pengalaman lebih 5 tahun saya ini, saya pasti, ianya akan dapat membantu anda untuk memulakan bisnes home tuition anda sendiri dengan lebih mudah dan lancar!

Anda tidak perlu lagi susah-susah untuk buat trial-and-error seperti mana yang pernah saya lakukan dulu!

Dengan memiliki ebook ini, ianya akan dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang anda! Ambil sahaja pengalaman 5 tahun saya ini dan jadikan ia sebagai batu loncatan untuk anda!

Tambahan lagi! Harga yang saya tawarkan untuk anda memiliki ebook ini jugaadalah sangat murah! iaitu hanya RM30 sahaja!

Ya! Jangan terkejut... hanya sekadar RM30 sahaja!

Jadi, lebih baik anda dapatkan ebook ini segara sebelum saya berubah fikiran dan menaikkan harga ebook ini!
Klik sahaja gambar butang "Dapatkan Sekarang!" dibawah untuk dapatkan ebook ini!

Ebook bisnes personal tutor

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Oooops…Sekejap! Lupa pula! Saya Ada Bonus Hebat Nak Beri Kepada Anda!

Ada 2 buah ebook bonus yang saya mahu berikan kepada anda jika anda membuat tempahan ebook Bisnes Home Tuition pada hari ini!

Kedua-dua ebook bonus ini, InsyaAllah akan dapat melengkapkan lagi ilmu anda untuk memulakan Bisnes Home Tuition anda sendiri! Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!

 Tips Pikat Parent

Bonus #1 - 5 Tips Pikat Parent

Hah! tadi, dalam ebook utama Bisnes Home Tuition, saya ada sharekan "Strategi deals" dengan parent pada Step 2.  Dalam ebook bonus ini pula, saya kongsikan lagi 5 Tips tambahan yang boleh anda gunakan sewaktu membuat rundingan dengan parents.  Dengan tips ini, InsyaAllah.. confirm pihak parent akan terus ON sahaja dengan anda! :)
 
 Tips menarik minat pelajar

BONUS #2 - 5 Tips Menarik Minat Pelajar!

Di dalam ebook bonus yang kedua ini, saya sharekan lagi 5 Tips yang boleh anda gunakan untuk menarik minat pelajar dan menjadikan sesi pembelajaran tuisyen anda, sebuah sesi yang amat menyeronokkan. Anda amalkan tips ini, pasti student anda akan tak sabar-sabar lagi nak berjumpa anda pada sesi yang seterusnya!

  
Bagaimana? Menarik bukan!
Tapi.....! Ada satu berita buruk yang saya nak sampaikan!

Bonus yang saya tawarkan ini bukanlah untuk selama-lamanya. Saya berhak untuk menarik semula bonus ini pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas dan mendapatkan ebook panduan ini pada hari ini juga sebelum saya tarik semula tawaran pemberian bonus ini.

Boleh ya?
.
.
Adakah anda masih lagi ragu-ragu? Mari saya berikan anda satu lagi tawaran hebat untuk anda! Anda rasa RM30 ini macam tak berbaloi? Jangan risau. Buang segala keraguan tu. Kerana saya ada jaminan pulangan wang 100% jika anda rasa pelaburan anda dapatkan ilmu ini tidak berbaloi dengan harganya.

Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Dikembalikan!.

Dengan setiap pembelian ebook “Bisnes Home Tuition” ini, ianya akan disertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan dalam tempoh 30 hari!

Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda dalam memulakan bisnes home tuition, saya akan pulangkan wang RM30 anda.

Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!

Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.

Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, saya sendiri yang akan tanggung.

Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Percuma di tarik balik pada bila-bila masa!

Klik butang tempah di bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook Bisnes Home Tuition ini pada harga RM30 sahaja SEKARANG ...

Klik Gambar Dibawah Untuk Membuat Tempahan Ebook Ini Sekarang!!.

Pakej lengkap panduan bisnes home tuition
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
  Order Now - Ebook Bisnes Home Tuition 
P/s :- Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman 10 tahun saya menjalankan bisnes home tuition, anda tidak perlu buang masa selama itu untuk mencuba dan mencari teknik yang betul bagaimana untuk bermula! Ambil sahaja pengalaman saya yang telah saya tuliskan di dalam ebook ini! Ianya lebih bijak dan mudah untuk anda!


Sekian,


Mohamad Izuan JalilMohamad Izuan Jalil
Personal Home Tutor
www.BisnesHomeTuition.com





Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Klikjer Publishing Klikjer Publishing (002746251-P)
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
SMS/WhatsApp : 011-33050950






Terms & Conditions: The access link for the eBook will be automatically sent to your email once payment is confirmed and successful. Please ensure that the email provided during purchase is accurate. If you do not receive the access link within a few minutes after payment, check your Spam or Junk folder. Contact us if the issue persists. This eBook is for personal use only. Sharing or distributing the eBook to third parties without our written permission is prohibited and constitutes a copyright violation. By making a purchase, you agree to these Terms & Conditions.

Return Policy: A refund can be requested within 30 days of purchase if the customer is dissatisfied with our product

Privacy Policy: Your privacy is important to us. We gather basic details like your name, email, and payment information for transactions and service improvements. We use secure systems to keep your data safe and do not sell or share your information. Our site also uses cookies to enhance user experience, which you can disable in your browser settings. We may update this policy periodically, so please review it occasionally. For questions, feel free to contact us.

Earnings Disclaimer: Any income or earnings representations included in this product are for illustrative purposes only and do not guarantee that you will achieve similar results. Earnings potential is highly dependent on the individual, including factors such as effort, experience, and market conditions. This product provides tools and strategies to help you, but success is not assured. There is no promise or representation that you will make any specific amount of money or any money at all. We encourage you to apply this information thoughtfully and consult professionals if necessary.

Results Disclaimer: The results presented in this product are intended for informational purposes only. Individual results may vary, as success depends on numerous factors including personal commitment, experience, skills, and external conditions. While this product offers strategies and guidance, it does not guarantee specific outcomes or success. We encourage users to apply the information with their own judgment and seek additional professional guidance if needed.
Bisnes Home tuition